Bersyukur kita ke hadrat ALLAH s.w.t kerana
kita masih diberikan peluang dan ruang untuk kita berada di bulan Ramadhan dan
mengamalkan sebanyak Bayaknya ibadah, kebajikan, kebaikan yang dpt kita
lakukan.
Sesungguhnya apabila tiba sahaja bulan
Ramadhan, kita digalakkan untuk sentiasa mengucapkan salam Ramadhan kepada
rakan2 kita tidak kira dimana kita berada. Ini kerana Ramadhan hanya datang
setahun sebulan dan kita tidak tahu entah kita masih sampai ke Ramadhan pada
tahun berikutnya, atau kita ditakdirkan oleh ALLAH s.w.t untuk mengakhiri
Ramadhan kita di tahun ini.
Kita berdoa kepada ALLAH s. w.t supaya
disampaikan kita kepada Ramadhan2 yang akan datang supaya bulan yang penuh
dengan rahmat dan keampunan ini dapat kita capai semaksimal mungkin selagi mana
diizinkan oleh ALLAH s.w.t . InsyaALLAH.
Hidup ini tidak lama, mati datang tiba2 .
Baru2 ini ana telah menghadiri solat sunat tarawih di Masjid Sultan Ismail
skudai dan apabila berakhir sahaja solat sunat witir, satu tazkirah telah diberi
oleh seorang ustaz dimana tajuk tazkirah itu sangat menarik minat ana untuk
dikongsikan bersama2 kita semua.
Ada 5 Kelebihan kita sebagai Umat akhir
zaman, Umat Nabi Muhammad s.a .w.
PETAMA : kita adalah sebagai Umat AKHIR
zaman...
Allah s.w .t telah memilih kita sebagai umat
akhir zaman dimana tiada umat lain yang akan dijadikan oleh ALLAH selepas
kita.
Walaupun begitu, pada hari akhirat di padang
mahshar kelak, Allah akan menyusun semua umat manusia dari zaman nabi Adam
hingga ke zaman nabi Muhammad s.a .w mengikut saf2 dan ALLAH telah memilih umat
nabi Muhammad s.a .w untuk berbaris di saf yang pertama walaupun umat nabi Adam
yang merupakan umat pertama dijadikan oleh ALLAH s.w. t. .
Ini menunjukkan betapa kasih dan sayang ALLAH
kepada umat Nabi Muhammad s.a .w kerana Allah tdk mau umat nabi Muhammad s.a .w.
berada terlalu lama di padang mahshar.
HADIRIN
Coba bayangkan berapa lama umat manusia perlu
berada di padang Mahshar kerana beribu juta manusia dihisab seorang demi seorang
oleh ALLAH s. w.t dan ALLAH s. w.t telah memilih Umat nabi Muhammad s.a .w untuk
dihisab terlebih dahulu berada di barisan perrama.. .
KEDUA : Pahala yang berlipat
ganda.
Kebaikan yang Umat nabi Muhammad s.a .w
lakukan akan dibalas dengan berlipat ganda. 1 amalan dibalas dengan 10
kebajikan. MasyaALLAH.. begitu sayang ALLAH s.w .t kepada umat nabi Muhammad
dibanding dengan umat2 yang terdahulu. Malahan, 1 kesalahan yang dilakukan akan
dibalas dengan satu dosa yang setimpal. Sungguh kasih ALLAH s.w.t kepada kita
iaitu umat Nabi Muhammad s. a. w.
KETIGA : Syafaat Nabi Muhammad
s.a.w
Nabi Muhammad s.a .w merupakan satu2 nya nabi
yang dapat memberi syafaat atau pertolongan hanya kepada umatnya di akhir zaman
kelak. Begitu beruntungnya kita sebagai umat nabi Muhammad s.a .w. Umatw yang
terdahulu tidak mempunyai pembela, penolong dan sebagainya tetapi Umat Nabi
Muhammad s. a.w diberikan keistimewaan oleh ALLAH s.w. t untuk menerima syafaat
oleh Nabi junujungan kita Muhammad s.a .w. Namun kini berapa ramai yang malu
untuk mengaku sebagai seorang Islam. Berapa ramai yang malu untuk mengaku kita
kasih dan sayang kepada Nabi junjungan kita nabi Muhammad s. a.w .
KEEMPAT : Penangguhan siksaan di
dunia
Umat nabi muhammad s. a.w tidak akan diseksa
atau di jatuhkan hukuman oleh ALLAH sehinggalah tiba hari akhirat kelak. Nabi
Muhammad s. a. w telah memohon kepada ALLAH supaya memberikan peluang kepada
Umatnya sehingga hari pembalasan untuk bertaubat kepada ALLAH terhadap
kesalahan2 yang dilakukan.kita tinjau keadaan2 umat terdahulu yang dihapuskan
oleh ALLAH s.w. t diatas muka bumi kerana kesalahan2 yang dilakukan namun bagi
umat akhir zaman, peluang diberikan oleh ALLAH selagi mana nyawa tidak bercerai
dengan jasad, umat nabi Muhammad s.a .w masih boleh memohon keampunan kepada
ALLAH s. a.w. Begitu besar keistimewaan kita sebagai umat nabi
Muhammad.
KELIMA : Malam Lailatul Kadar
Umat nabi muhammad s. a. w merupakan satu2
nya umat yang diberikan oleh ALLAH satu malam yang menyamai 1000 bulan iaitu
malam lailatul kadar. SubhanALLAH. maha suci ALLAH yang maha pengasih dan
penyayang kepada kita. Diberikan kita peluang2 yang sangat tidak ternilai
harganya untuk kita kumpul untuk bekalan di akhirat kelak. Betapa beruntungnya
kita digelar Umat nabi Muhammad s. a.w .
Saya ingin mengambil satu kisah berkaitan
dengan Nabi yang digelar kalamULLAH... (nabi yang dpt berkata2 dengan ALLAH
s.w.t) iaitu nabi Musa As.Nabi musa as bertanya kepada ALLAH s.w. t : “Adakah
akan wujud satu umat yang lebih baik dari umat ku ini Ya ALLAH?"
ALLAH menjawab :"Ya",
Nabi Musa berkata lagi : ”jika begitu Ya
ALLAH, aku memohon kepadaMU untuk mejadi nabi bagi umat yang terbaik
itu.”
ALLAH menjawab : "AKU telah memilih nabi yang
bakal menjadi ketua bagi umat ini".
Nabi Musa berkata : "Kalau begitu Ya ALLAH,
cukuplah bagi aku untuk menjadi salah seorang daripada umat yang terbaik
itu".
ALLAH s.w. t menjawab : "AKU telah memilih
siapakan yang akan menjadi umat terbaik ini." SubhaNALLAH .
Memang kita tidak meminta untuk menjadi umat
akhir zaman namun ALLAH s.w. t telah MEMILIH kita untuk menjadi umat terbaik.
Malahan permintaan nabi Musa ditolak oleh ALLAH s.w.t.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar