Pembayan : Jemaah 2 bulan masturat yang hendak ke New Caledonia &
New Zealand pada 2 Disember 2007. Tempat : Taman Ehsan, Kepong, Kuala
Lumpur. Tarikh : 29 November 2007 @ 5.30pm.
Ringkasan.
Usaha dakwah seperti air hujan. Jika hujan di tempat yang kontang
seperti padang pasir pun maka tempat itu akan subur menjadi padi.
Tetapi jika hujan tidak turun walaupun di tempat yang subur dan hijau,
maka lambat laun tempat itu akan menjadi kontang dan mati.
Satu jemaah dari Pakistan telah dihantar ke Rusia dan telah bertemu
dengan seorang ulama. Ulama itu menceritakan bahawa pada satu masa dulu
semasa kominis, 60 ulama di tempatnya telah dibunuh dengan memasukkan
mereka ke dalam mesin pemecah batu di lombong batu. Dia telah
terselamat kerana sentiasa membawa botol arak sebagai helah. Selepas
itu ulama tersebut telah menangis dan menangis dan berkata bahawa
ulama2 tersebut telah dibunuh kerana tidak buat kerja seperti yang kamu
buat sekarang.
Allah turunkan azab di tempat2 orang Islam untuk rotan umat ini kerana
berlaku zalim. Zalim kerana tinggalkan perintah Allah yang utama untuk
umat ini iaitu usaha dakwah. Kita kata Amerika & the gang zalim
tetapi kitalah yang sebenarnya zalim.
Di akhirat nanti sebahagian dari umat ini akan dihalau sebanyak 3 kali
dari telaga Kauthar oleh Nabi sendiri kerana ketika di dunia tidak
pernah mengerutkan dahi apabila melihat kerosakan pada agama. Sekali
halau mereka akan jauh dari Nabi sejauh mata memandang.
Allah telah beri diri dan harta kepada kita supaya dapat digunakan
untuk membina dan memajukan agama. Tetapi bila diri dan harta disalah
guna maka akan jadi penyakit dan masalah. Sama seperti penggunaan dadah
pada asalnya adalah sebagai ubat tetapi bila disalah guna akan jadi
sebab kerosakan. Bila umat ini guna diri dan harta untuk agama maka
agama akan maju tetapi bila guna untuk dunia maka dunia akan maju.
Jemaah pertama yang dihantar ke Perancis adalah jemaah dari Bangladesh
pada tahun 1983. Pada masa itu tiada satu masjid pun di sana walaupun
ada 4 juta orang Arab. Jemaah telah menyewa sebuah bilik dan memulakan
usaha di sana. Sekarang telah ada 2000 buah masjid. Markas di St Denim
setinggi 3 tingkat akan penuh setiap kali azan dilaungkan.
Elders kata bila usaha Nabi dibuat maka kota London & Paris akan
bertukar seperti kota Mekah & Madinah iaitu hidupnya amalan agama.
Tetapi bila usaha tak dibuat maka kota Mekah & Madinah akan menjdi
seperti kota London & Paris iaitu tempat bershopping.
Di markas London telah boleh azan menggunakan loudspeaker. Gereja2
banyak ditukar kepada masjid. Gereja dibeli dengan harga murah kerana
tiada sambutan orang ramai walaupun loceng dibunyikan setiap hari.
Bukan puluhan tapi ratusan gereja ditukar sehingga perlimen Britain
mengharamkan penjualan gereja kepada mana2 badan. Kiblat gereja adalah
ke masjidil Aqsa, jadi bila ditukar kepada masjid maka kedudukan kiblat
diubah beberapa darjah sahaja ke kanan iaitu ke arah kaabah.
Sepanyol dulunya adalah negara Islam tetapi bila usaha Nabi
ditinggalkan maka masjid2 telah menjadi muzium, gudang, kilang dan
sebagainya. Berkat dari usaha jemaah2 yang bergerak maka sekarang
masjid Cardoba di Sepanyol yang sekarang telah menjadi muzium dan bar
telah dibuka sedikit ruang untuk kegunaan orang Islam menunaikan solat.
Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan Sepanyol ubah masjid
Cordoba dari muzium dan bar kepada masjid sebenar maka ini tak akan
berjaya. Tetapi dengan usaha Nabi, sedikit demi sedikit Allah buat
perubahan. (lihat Masjid Cordoba klik sini)
Ada tempat2 lain yang tiada masjid, bila jemaah dihantar ke sana maka
orang Islam di sana mula bartaubat dan bersolat serta mengamalkan
agama. Mereka bersolat di jalan2, di taman2 dan di mana sahaja sehingga
kerajaan tempatan di situ terpaksa buat masjid untuk orang Islam
beribadat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan tu buat
masjid maka tak akan berjaya.
Bila kaum wanita ada fikir agama maka mereka akan didik anak2 cara
hidup agama. Halakah ta’lim dan muzakarah sifat sahabat perlu dibuat di
rumah setiap hari selama satu jam supaya dapat tanam jiwa agama kepada
anak2. Jika tidak anak2 akan terpengaruh dengan kartun, robot, hantu
dan lain-lain. Wanita juga akan jadi penggalak suami dan anak2 untuk
beri pengorbanan untuk agama dan keluar di jalan Allah. Seperti isteri2
Nabi dan sahabat yang galakkan suami dan anak2 mereka.
Yakinlah bahawa setiap susah payah kita untuk agama akan pasti
diganjari oleh Allah di akhirat dengan ganjaran yang besar. Setiap amal
yang dibuat ketika keluar di jalan Allah akan digandakan sekurang2nya
700,000 kali ganda malah lebih lagi.
Untuk belajar usaha ini maka kita kita diminta keluar jemaah masturat 3 hari, 10 atau 15 hari dan 40 hari IPB.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar